SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB MYPLAN

Memuat Turun Laman Web. Sila Tunggu

Tip untuk hari ini..

Rancangan Fizikal Negara Ketiga (RFN Ke-3) menetapkan rangka kerja perancangan dan pembangunan spatial untuk diterjemahkan kepada strategi dan tindakan perancangan di peringkat negara, negeri dan tempatan.

Mengenai Kami

279 views

Pengenalan

Bahagian Rancangan Fizikal Negara (BRFN) diwujudkan berdasarkan penyusunan semula PLANMalaysia yang telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2003. Pada asalnya, Bahagian ini dikenali sebagai Unit Spatial di mana ia juga merangkumi Unit Perancangan Korporat.


Peranan

  • Merumus Rangka Kerja Guna Tanah Negara yang strategik dan bersepadu;
  • Menggubal Dasar Perbandaran Negara bagi memandu dan menyelaras perancangan dan pembangunan bandar supaya lebih efisien dan sistematik;
  • Bertindak sebagai urus setia Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri; dan
  • Menggubal Dasar Pembangunan Fizikal Desa Negara (DPF Desa Negara) bagi memandu pembangunan desa di negara sebagai pelengkap kepada sistem pembangunan fizikal negara.


Fungsi

 I. Unit Rancangan Fizikal Negara (URFN): -

  • Menyedia dan mengkaji semula Rancangan Fizikal Negara (RFN);
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan RFN;
    • Memantau perlaksanaan dasar
    • Memantau perubahan guna tanah mengikut klasifikasi RFN
  • Menyediakan Kajian Penilaian dan Pemantauan RFN dan melaporkannya kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN);
  • Menyedia kertas-kertas dasar, laporan dan kajian berkaitan dengan RFN;
  • Mengurus sistem maklumat RFN;
  • Memberi input dalam pembentukan dasar dan maklum balas terhadap agenda-agenda global dan wilayah antarabangsa;
  • Memberi input dan khidmat kepakaran kepada agensi-agensi dan jawatan kuasa peringkat negara dan negeri dalam menangani isu-isu strategik perancangan guna tanah yang berkepentingan nasional;
  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam melaksanakan RFN dan dasar-dasar yang berkaitan;
  • Melaksanakan hebahan, rundingan dan publisiti mengenai RFN dan dasar-dasar yang berkaitan;
  • Memberi khidmat kepakaran perancangan fizikal dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT); dan
  • Menjadi urus setia kepada Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) dan pelbagai jawatankuasa yang berkaitan dengan hal-hal RFN.


II. Unit Dasar Perbandaran Negara (UDPN): -  

  •  Menyediakan Dasar Perbandaran Negara (DPN);
  • Menjalankan aktiviti publisiti dan sebaran DPN;
  • Menyelaras dan memantau pelaksanaan DPN
  • Menghasilkan Laporan Pemantauan Pelaksanaan DPN sekali setahun
  • Membangun dan menguruskan Sistem Pemantauan Pelaksanaan DPN;
  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi lain dalam melaksanakan DPN;
  • Mengkaji semula DPN setiap sepuluh tahun atau apabila diarahkan oleh MPFN;
  • Menjalankan Kajian Projek Penentuan Sempadan Bandar (PSB);
  • Memberi khidmat kepakaran kepada agensi-agensi lain berkaitan dengan hal-hal perbandaran;
  • Menjadi urus setia kepada Jawatan Kuasa Penyelaras DPN; dan
  • Menyediakan kertas memorandum MPFN / Jemaah Menteri berkaitan dasar-dasar perbandaran.


III. Unit Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara (UDPFDN): -  

  •  Menyediakan Dasar Perancangan Fizikal Desa Negara;
  • Memberi input dalam pembentukan Program Transformasi Luar Bandar Negara;
  • Memberi input dan kepakaran kepada agensi-agensi Persekutuan dan Negeri berkaitan isu-isu strategik perancangan fizikal luar bandar dan guna tanah;
  • Mewujudkan kerjasama dengan agensi-agensi Persekutuan dan Negeri mengenai hal-hal berkaitan perancangan luar bandar;
  • Menjalankan Kajian Projek Penentuan Sempadan Kampung dan Penandaan Kedudukan Spatial Kemudahan Awam di Semenanjung Malaysia dan Labuan;
  • Menjalankan kerja penyelidikan dalam perkara berkaitan luar bandar untuk kegunaan dalam perancangan fizikal luar bandar; dan
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dalam kajian-kajian berkaitan kampung / luar bandar yang dijalankan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB).

 

IV. Unit Pembangunan Tanah Bersepakat (UPTB) / Unit Majlis Perancang Fizikal Negara (UMPFN)  

  •  Menyediakan program perancangan dan menyelaras pelaksanaan Projek Pembangunan Tanah Bersepakat (PTB);
  • Mengenal pasti tapak-tapak berpotensi untuk penyediaan Projek PTB
  • Menyedia dan mempromosikan Manual Penyediaan Projek PTB
  • Menyediakan kajian-kajian pelan pelaksanaan Projek PTB di kawasan bersesuaian;
  • Menyediakan kertas-kertas dasar, laporan dan kertas-kertas kerja berkaitan PTB;
  • Membantu penyeliaan rangka kerja perundangan projek PTB;
  • Memberi taklimat pemahaman dan latihan mengenai Projek PTB;
  • Memberi khidmat nasihat dan kepakaran kepada agensi lain yang menyediakan Projek PTB;
  • Menyediakan memorandum Jemaah Menteri dan kertas MPFN berkaitan pelaksanaan sistem PTB;
  • Menganggotai Jawatankuasa Perundingan Pengurusan oleh Pemaju Projek dalam Pelaksanaan Projek PTB;
  • Urus setia Jawatankuasa Pakar PTB;
  • Hebahan dan melebarluaskan sistem dan pelaksanaan projek PTB di Malaysia;
  • Menyediakan Manual Pelaksanaan Projek PTB; 
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal MPFN yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah PLANMalaysia;
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja MPFN yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT);
  • Mengurusetiakan Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara yang dipengerusikan oleh YAB Perdana Menteri; dan
  • Mengurus dan mengemas kini Pangkalan Data MPFN dan Sistem e-MPFN.
Hakcipta Terpelihara PLANMalaysia © 2023
TOP